Usah risau dengan masa depan yang belum pasti,
Kerana hari esok belum tentu milik kita lagi,
Semuanya akan kita pelajari sendiri,
Bila tiba masa nanti.
Ada orang yang sedar akan perkara itu. 40 orang di kiri, kanan, hadapan, dan belakang. Ianya satu tanggungjawab. Ianya akan disoal nanti.
Mampukah kita untuk mendiamkan diri? Sekadar melepaskan diri sendiri? Sedangkan tangan-tangan itu nanti, tangan-tangan itulah yang akan menarik setiap urat dan sendi. Tangan-tangan yang mati kerana tak dipeduli. Dan terbenamlah engkau di neraka api.
Ada orang yang sedar akan perkara itu. Dan mereka mula menggerakkan tulang empat kerat, ke Timur dan ke Barat, bertebaran di muka Bumi.
Ya Allah, jika Kau berikan aku satu kebolehan, berikanlah aku kemampuan untuk mempelajari apa sahaja dengan mudah, pantas, dan penuh semangat.
Dan nikmat itu memang sudah Kau beri.